KUALA LUMPUR ― Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan memanggil Farhan Yassin kerana telah menghina lambang polis (crest PDRM).
PDRM akan panggil anak Muhyiddin Yassin, Farhan kerana membuat hantaran meletakkan tanda $ pada logo PDRM | 🖼️ Foto: Media Sosial
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd mengesahkan tiada sebarang laporan polis diterima oleh mereka sehingga kini mengenai perkara itu, lapor Portal Berita Sinar Harian.
Respon Khalid Abu Bakar terhadap hantaran Farhan yang meletakkan tanda wang pada crest PDRM | 🖼️ Foto: Media Sosial
Menurut laporan berita sebuah portal, anak bongsu bekas pemimpin kabinet itu telah menyunting logo PDRM dengan meletakkan simbol wang.
@PDRMsia akan panggil Farhan Yassin utk dia jelaskan apa yang dimaksudkan dgn tanda 💰di Crest PDRM yg beliau siarkan di Instagramnya.
Pihaknya memandang serius terhadap tindakan mana-mana individu yang menghina pihak berkuasa termasuk PDRM.
“Setakat ini, tiada laporan diterima Polis Johor mengenainya. Kita juga melalui unit ‘task force’ akan sentiasa memantau tindakan seperti ini di media sosial.
“Kita akan memaklumkan pihak media, jika mempunyai sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes ini,” katanya.