Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kerana banjir, terpisah 5 hari pak cik sebak temui kucingnya tak bermaya

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Bencana banjir yang melanda beberapa buah negeri pada 18 Disember lalu bukan sahaja telah memusnahkan harta benda malah turut memberi kesan kepada haiwan-haiwan peliharaan yang hanyut dibawa arus.


Menerusi satu perkongsian video oleh Aziah Lia di Facebook memaparkan bapanya yang kelihatan sebak apabila bertemu semula dengan kucing kesayangannya selepas lima hari terpisah ketika banjir.

Menurut Aziah, kucing bapanya itu dijumpai dalam keadaan selamat apabila sempat berlindung di atas siling rumah.

Dalam pada itu, bapanya menangis sambil memeluk kucingnya lalu segera mencari makanan untuk kucingnya kerana kelihatan tidak berdaya.

“Kucing aboh (bapa) ditemui lemah kerana tidak makan ketika banjir menenggelamkan rumah kami.

“Setelah 18 tahun bersama keluarga kami, akhirnya Opisusu (kucing) pergi jua,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jelasnya, mereka telah membawa kucing tersebut ke klinik haiwan untuk diberikan rawatan kerana keadaannya sangat lemah sebelum disahkan telah mati.

“Opisusu mati dipangkuan aboh, moga aboh kuat dan tabah dengan pemergian Opisusu,” ujarnya.


Sementara itu, rata-rata orang ramai yang menonton video itu turut bersedih dan terharu kerana kucing itu telah berjuang dan dapat berjumpa dengan tuannya buat kali terakhir.

“Menitik air mata saya, sebab kucing kesayangan saya pun baru hilang seminggu, pecinta haiwan sahaja yang faham macam mana rasanya,” kata Paah All Attas.

“Moga pak cik tabah kehilangan kucing kesayangan, saya faham perasaan pak cik, saya tonton video pun sedih sangat sampai air mata tiada menangis sebab kucing,” kata Emasoleil Amor.

“Allahuakbar, saya dah rasa macam mana kucing saya mati, sampai seminggu mengigau tengah malam sebab rindukannya, waktu siang saya gali semula tanah kucing saya untuk tatap kali terakhir,” kata Cinta Noor Irene. – K! ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN