Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kini tidak perlu tekan ‘check-out’, MySejahtera perkenal sistem MySJ trace

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Orang ramai tidak lagi perlu menggunakan ciri daftar keluar yang terdapat di MySejahtera selepas Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan ciri baharu MySJ Trace pada aplikasi berkenaan.

Kini tidak perlu tekan ‘check-out’, MySejahtera perkenal MySJ trace
MYSJ Trace membolehkan pengesanan kontak rapat secara lebih sistematik.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MySejahtera kini dilengkapi ciri baharu iaitu MySJ Trace bagi membolehkan pengesanan kontak rapat dibuat secara lebih sistematik.

Katanya, MySJ Trace menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada KKM untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya dalam satu ciapan di Twitter baru-baru ini.


Menurutnya, masyarakat digalakkan menggunakan ciri baharu itu apabila berada di lokasi awam khususnya di kawasan tertutup.

Pada masa sama, Khairy turut memaklumkan ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam aplikasi MySejahtera tidak lagi digunakan. -sumber: K! ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN