Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lagi kemalangan maut, rempuh tiang penghadang Hilux tergantung atas jejambat

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
MELAKA: Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya merempuh tiang penghadang dan tergantung di atas jejambat berhampiran pusat beli-belah Mahkota Parade di sini, awal pagi ini.

Lagi kemalangan maut,  rempuh tiang penghadang Hilux tergantung atas jejambat
KERETA mangsa merempuh penghadang dengan keadaan sebahagian kereta tergantung di atas jejambat di Mahkota Parade, Banda Hilir, Melaka

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa yang berumur 30-an ditemukan dalam keadaan tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan II, Azlan Abdul Rahman berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 2.33 pagi.

Katanya, sepasukan 12 anggota bersama-sama sebuah jentera dan Perkhidmatan Penyelamatan serta Perawatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, kita dapati sebuah kereta jenis Toyota Hilux telah merempuh penghadang dengan keadaan sebahagian kereta tergantung di atas jejambat.

“Terdapat seorang pemandu lelaki tersepit dan kerja-kerja penyelamatan untuk mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN