Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pusat membeli belah AEON Shah Alam mohon maaf halau mangsa banjir terkandas

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

SHAH ALAM: Syarikat peruncitan, AEON Co. (M) Bhd. AEON membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular isu yang mendakwa pihaknya telah menghalau sebilangan mangsa yang terkandas dan berteduh di AEON Shah Alam baru-baru ini.

Pusat membeli belah AEON Shah Alam mohon maaf halau mangsa banjir yang terkandas

Mangsa banjir yang terlibat dikatakan telah dihalau oleh pengawal keselamatan dan pihak pengurusan pusat membeli-belah

Menerusi ciapan yang tular di Twitter, mangsa yang terlibat dikatakan telah dihalau oleh pengawal keselamatan dan pihak pengurusan pusat membeli-belah tersebut sehingga mereka terpaksa kembali berteduh di dalam kenderaan dan ada juga terpaksa bermandikan hujan kerana tiada tempat untuk dituju.

Sementara itu, pihak pengurusan Aeon Shah dalam satu kenyataan, memohon maaf di atas segala kekurangan dari pihaknya dalam menangani situasi tersebut.

Kami ambil maklum akan kelemahan kami dan kami ambil iktibar serta belajar darinya.

“Kami sedar adalah tidak mudah untuk memuaskan hati semua pihak apatah lagi dengan bilangan yang besar dalam keadaan kami yang tidak bersedia namun begitu, kami akan cuba pertingkatkan keupayaan kakitangan kami,” katanya.

Tambahnya, kakitangan AEON masih tidak mempunyai kemahiran atau pengalaman untuk mengendalikan operasi sebegitu dan pihaknya masih tetap berusaha dalam memberi bantuan kepada mangsa-mangsa banjir.

Jelasnya, ketika itu pihaknya tidak menyedari akan situasi sebenar banjir yang berlaku di kawasan sekitar dan selepas menerima banyak pertanyaan, keputusan dibuat sekitar pukul 9.40 malam untuk membenarkan para pelanggan, kakitangan dan orang ramai yang terkesan dengan banjir untuk berlindung di dalam premis.

Selain itu, pihak pengurusan turut memaklumkan, AEON Shah Alam telah menyantuni 570 orang pelanggan yang terkandas disebabkan oleh banjir kilat di sekitar Shah Alam pada 18 Disember 2021.

Sumber: Kosmo! Online

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN