Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Boleh minta bantuan kewangan serta pakej sekali kain kapan ye dik,..”

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Dalam keadaan ramai rakyat terkesan selepas kejadian banjir besar yang berlaku baru-baru ini, ada juga golongan yang tidak sensitif dengan bencana itu.

Budak ‘willy’ motor dalam banjir kena kecam
Budak ‘willy’ motor dalam banjir kena kecam

Terbaharu, satu klip video yang sedang tular di media sosial ketika ini menyaksikan satu kumpulan anak muda yang menjadikan banjir sebagai kandungan untuk video mereka.

Namun, tidak dipastikan di manakah kejadian tersebut berlaku tetapi aksi kumpulan remaja tersebut bersuka ria mendapat kecaman dari natizen.

Dalam video tersebut, kumpulan remaja ini membuat aksi angkat tayar motosikal (willy) dalam air banjir di sebatang jalan raya.

“Bagus adik, dalam keadaan sekarang adik buat macam ini, boleh minta biasiswa dari kerajaan dan sambung belajar bidang automotif nanti.


“Boleh minta bantuan kewangan serta pakej sekali kain kapan ye dik,” ujar wardina natasha.

“Ada yang sedih dengan banjir, ada juga yang tak sensitif macam ni. Adik tak terkesan tak apa tapi jangan lah buat seperti ini.

“Tak jatuh itu okay lah, kalau jatuh menyusahkan orang tua pula nanti. Cukup la ye adik, fikir orang lain juga,” jelas Hidayah Ishak. – K! ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN