Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Dua pelajar kolej kesihatan dikecam muat naik video perli pelanggan beli pil cegah kehamilan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
TINDAKAN dua pelajar membuat kandungan video berkaitan satu pasangan yang datang farmasi untuk membeli pil pencegah kehamilan atau pil Postinor mengundang kemarahan orang ramai.

Dua pelajar kolej kesihatan dikecam muat naik video perli pelanggan beli pil pencegah kehamilan
Dua pelajar kolej kesihatan dikecam muat naik video perli pelanggan beli pil pencegah kehamilan

Menerusi video berdurasi tujuh saat yang didedahkan pengguna Twitter, @glowinputaaa, dua gadis yang merupakan pelajar kolej kesihatan memuat naik video mengenai pasangan yang mahu membeli pil Postinor di TikTok.

Pengguna Twitter itu berkongsi perasaan kurang senang dengan tindakan dua pelajar itu dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan jika bertemu dengan ahli farmasi seperti mereka.


Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berpendapat perbuatan yang dilakukan pelajar tersebut melanggar etika sebagai pegawai perubatan kerana tidak semua yang membeli pil itu merupakan pasangan yang belum berkahwin.



“Orang yang sudah bertahun kerja (farmasi) pun tidak buat seperti ini. Kebanyakan mereka tidak kisah dengan individu yang membeli pil Postinor. Lagipun, mana awak tahu orang itu (pembeli) sudah kahwin atau belum? Sekarang ramai orang kahwin muda,” ujar @Otter.


“Orang dah kahwin pun makan pil mencegah kehamilan. Suami saya masuk farmasi beli pil. Jadinya lepas ini nak kena bawa masuk anak sekali ke baru tahu dah kahwin?” kata @teha.

“Masa berusia awal 20-an doktor suruh makan pil Postinor untuk dua minggu sebab ada ketulan. Saya memilih farmasi berlainan bangsa untuk membeli pil tersebut sebab nanti ada yang buat dosa kering,” ujar@haella_haella. – Kosmo

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN