Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kisah ibu jadi ‛rider’ Foodpanda, bawa anak cacat penglihatan dapat perhatian Ustaz Ebit Lew

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
SETIAP daripada kita diuji dengan pelbagai masalah hidup. Namun adakalanya musibah yang berlaku kepada orang lain adalah ujian buat kita.

ibu jadi ‛rider’ Foodpanda, bawa anak cacat penglihatan dapat perhatian Ebit Lew
Ibu jadi ‛rider’ Foodpanda, bawa anak cacat penglihatan dapat perhatian Ebit Lew

Seorang penghantar makanan (rider) baru-baru ini tular apabila membawa anaknya bersama setiap kali mengambil dan menghantar pesanan pelanggan.

Penghantar makanan berkenaan, Puan Azimah merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata bernama Zahirah, berusia 5 tahun.


Difahamkan wanita itu memilih kerjaya penghantar makanan memandangkan ia adalah satu-satunya pekerjaan yang membolehkannya membawa anak bersama-sama.

Baca kisah sebelum ini:

[Video] Sedihya... Ibu jadi ‛rider’ Foodpanda, bawa anak mata buta hantar pesanan
Sementelahan Zahirah mengalami masalah penglihatan sejak lahir memerlukan pemantauan daripada sepanjang masa.

Kesukaran hidup dihadapi ibu tunggal itu mendapat perhatian daripada aktivis masyarakat, Ustaz Ebit Lew.

Ustaz Ebit yang bertemu Puan Azimah turut mengagumi semangat wanita itu berjuang hidup bersama permata hatinya.

“Menangis je kakak ni. Kuat dan tabah mencari rezeki buat diri dan anaknya yang OKU penglihatan. Pergi ke mana-mana ambil order dan hantar dengan anak kecilnya.

“Anaknya aktif dan manja dengan emaknya, rapat berdua.


“Jadi kakak ni tak boleh tinggal anaknya. Kena bawa bekerja ke sana sini.

“Katanya sudah lama ingin minta jumpa saya ingin minta nasihat dan doa. Kakak ni sentiasa bawa anaknya untuk kerja hantar makanan," titip Ebit.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN