Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

India catat sebanyak 141,986 kes harian baharu COVID-19, tertinggi sejak akhir Mei

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
NEW DELHI: India mencatat sebanyak 141,986 kes baharu COVID-19, hari ini, iaitu angka harian tertinggi sejak akhir Mei lalu ketika negara ini terus bergelut dengan ancaman penularan varian Omicron.

India mencatat sebanyak 141,986 kes baharu COVID-19, angka tertinggi sejak akhir Mei
Seorang guru memegang seorang pelajar semasa mendapatkan vaksin Covid-19 di Hyderabad, India. Foto: AFP

Kementerian Kesihatan memaklumkan, sebanyak 285 kematian baharu akibat COVID-19 turut dilaporkan.

Perkembangan itu membawa kepada jumlah kumulatif 483,463 korban, manakala jangkitan pula mencecah sebanyak 35.37 juta kes, setakat ini. Sementara itu di Shanghai, China merekodkan 159 kes baharu yang disahkan COVID-19, semalam, menurun berbanding 174 jangkitan pada hari sebelumnya.

Statistik angka jangkitan Covid-19 di India pada 7 Januari, 2022
Statistik angka jangkitan Covid-19 di India pada 7 Januari, 2022 (Sumber: Google)

Kebanyakan jangkitan baharu berkenaan dilaporkan di wilayah Henan dan Shaanxi.

Dalam pada itu, sebanyak 52 kes baharu tidak bergejala dikesan yang diklasifikasikan berasingan daripada kes disahkan, berbanding 45 pada hari sebelumnya.

Bagaimanapun, tiada kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah korban kekal 4,636 hingga kini.

Tanah Besar China mencatat sejumlah 103,454 kes disahkan COVID-19, setakat semalam. - REUTERS

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN