KUALA LUMPUR: Umum sudah mengetahui mengenai pelakon popular, Anzalna Nasir iaitu pelakon dan model yang kini setelah bertudung, Anzalna dilihat lebih memilih dalam berpakaian di khalayak ramai.
Anzalna Nasir rahsiakan umur dari netizen sempena hari jadi pada 9 Jan.
Kini, Anzalna dilihat lebih banyak mengambil tugasan yang membolehkannya menjadi model muslimah. Menurutnya walaupun sekarang sudah bertudung, beliau bersyukur kerana masih banyak tawaran dalam dunia seni.
Terbaharu sempena menyambut hari jadinya, Anzalna telah memuatnaik satu gambar d1rinya yang berpenampilan seperti “barbie” tetapi masih menjaga auratnya. Ternyata hari kelahirannya adalah pada 9 Januari
Antara caption yang diletakkan pada gambar tersebut adalah jangan bertanyakan umurnya, sebenarnya semua wanita pun memang tidak suka memberitahu umurnya kepada orang lain. Perasan diri masih muda la katakan.
Happy birthday to me! 😊 Jangan tanya umur! #9thJan #FeelingJadiBarbieTua
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang mengucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran buat beliau dan juga mendoakan kesejahteraan diri beliau.
