Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Kan dah kena belasah!...” Ini padahnya jika cari pasal dengan ahli gusti profesional

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
NEVADA: Seorang artis yang merupakan `penyamar’ bintang pop dunia, Michael Jackson berjaya mengalahkan seorang lelaki ganas yang menampar dan menarik rambutnya dalam pergaduhan di Las Vegas Strip.

PENYAMAR Micheal Jackson mengalahkan seorang lelaki yang menampar dan menarik rambutnya dalam insiden pergaduhan di Freemont Street.
Lelaki menyamar Micheal Jackson mengalahkan seorang lelaki yang menampar dan menarik rambutnya dalam insiden pergaduhan di Freemont Street.

Lapor Daily Mail, pergaduhan itu bermula apabila seorang lelaki yang memakai baju T berwarna hijau mula menumbuk lelaki yang juga ahli gusti profesional dikenali sebagai Santana Jackson.

Menurut Jackson, serangan ke atas dirinya berlaku secara mengejut dan tidak berlaku sebarang provokasi.

Dalam kejadian itu, Jackson mencampakkan lelaki terbabit ke tanah selepas dirinya ditendang.

Kedua-dua lelaki itu dilihat bergelut atas tanah dengan Jackson dilihat lebih kuat berbanding penyerang tersebut.

Jackson meletakkan lelaki itu dalam posisi `headlock’ sebelum orang ramai meleraikan pergaduhan antara mereka.

Video itu dirakam di Freemont St, salah sebuah lokasi perjudian paling popular di Las Vegas.


Seorang lelaki dikenali sebagai Marcus Deegan merakam kejadian itu dan berkongsi video tersebut dengan kapsyen tertera `Selamat Datang ke Freemont Street’ dalam Twitter.

Video yang dimuat naik 15 Januari lalu, mendapat lebih 1.6 juta tontonan.


Rata-rata pengguna Twitter memuji keberanian artis tempatan itu sehingga video tersebut menerima lebih 2,000 kali ciapan semula. – AGENSI

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN