Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kemalangan: Lelaki maut, isteri dan dua anak cedera kereta terbabas dalam longkang

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
KAMPAR: Seorang lelaki maut manakala isteri dan dua anaknya cedera setelah kereta dinaiki mereka terlibat nahas di Kilometer 38.3, Jalan Ipoh-Teluk Intan di sini petang tadi.

Kemalangan: Lelaki maut, isteri dan dua anak cedera kereta terbabas dalam longkang
Kemalangan: Lelaki maut, isteri dan dua anak cedera kereta terbabas dalam longkang

Kemalangan di hadapan Klinik Kesihatan Jalan Degung itu mengorbankan mangsa di tempat kejadian akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampar dihantar ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat pada pukul 6.57 petang.


Katanya, kemalangan melibatkan sebuah kereta Proton Saga yang terbabas masuk ke dalam longkang hingga menyebabkan pemandu dan penumpang tercampak keluar dari kenderaan.

“Tiada mangsa yang tersepit dalam nahas itu. Dua kanak-kanak telah dibawa ke Hospital Kampar oleh orang awam sebelum ketibaan bomba.

“Pemandu kereta pula disahkan maut oleh pegawai perubatan manakala isteri mangsa cedera parah,” katanya di sini hari ini.


Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala isterinya diberi rawatan awal sebelum dibawa menaiki ambulans untuk rawatan di hospital. – UTUSAN ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN