Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Buat hal pulak!..” –Lelaki warga asing tunjuk ‘barang sendiri’ ketika beli barang diburu polis

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
LUMUT – Seorang lelaki dipercayai warga asing yang dikatakan menunjukkan kemaluan kepada pekerja wanita ketika membuat bayaran di kaunter sebuah kedai serbaneka di sini sedang diburu polis.

Perbuatan individu tersebut dirakam oleh televisyen litar tertutup
Gambar rakaman CCTV warga asing tunjuk ‘barang sendiri’ ketika beli barang.

Perbuatan individu tersebut dirakam oleh televisyen litar tertutup (CCTV) dan video rakaman itu yang berdurasi 39 saat tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Dalam video itu, kelihatan lelaki tersebut yang tidak memakai pelitup muka membuat pembayaran barang dibelinya dengan kelihatan kemaluannya terkeluar dari seluarnya yang tidak berzip.

Difahamkan, mangsa mengadu kepada majikannya mengenai kejadian itu sebelum diminta membuat laporan polis.


Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, kejadian berlaku pada 10 Januari lalu dan polis menerima laporan daripada mangsa berusia 23 tahun pada 15 Januari.

“Suspek dipercayai mempunyai niat menunjukkan kemaluannya kerana ketika memasuki kedai, zip seluarnya dikatakan tertutup tetapi ketika membuat pembayaran zipnya terbuka pula,” katanya kepada pemberita di sini.

Menurut Nor Omar, berdasarkan maklumat, kejadian dengan modus operandi serupa berlaku selama tiga hari di premis dan mangsa yang sama tetapi bukan berturut-turut.




Jelasnya, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung sudah memanggil mangsa untuk mendapatkan maklumat kejadian tersebut.

Beliau memberitahu maklumat awal mendapati suspek dipercayai warga asing dan pihaknya kini sedang mengesan lelaki tersebut.

Ujarnya, siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan perkataan atau isyarat untuk mengaibkan kehormatan seseorang serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – K! ONLINE

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN