Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Mangsa tularkan rakan sekerja cium kepala, hulur RM50 sebab rasa bersalah

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Menurut mangsa gangguan seksual, dia telah membuat laporan polis mengenai kes itu tetapi suspek telah dijamin oleh si isteri.

Mangsa tularkan rakan sekerja cium kepala, kemudian hulur wang tunai RM50 sebab dah rasa bersalah

Mangsa tularkan rakan sekerja cium kepala, kemudian hulur wang tunai RM50 sebab dah rasa bersalah

Makin banyak kes gangguan seksual yang terjadi di tempat kerja. Ada je tiap-tiap hari keluar berita mengenai individu berbuat perkara tidak senonoh.

Terdahulu, tular mengenai kes seorang tentera lelaki menghisap jari jurujual wanita di sebuah kedai vape di Taman Keramat.

Laporan terkini memaklumkan suspek telah pun ditahan polis di sebuah rumah di Taman Setiawangsa untuk membantu siasatan.

Baru-baru ini, ada lagi kes melibatkan gangguan seksual kepada staf wanita di tempat kerja.

Baca juga: ↓

Polis buru wanita yang menggoda budak lelaki untuk 'lakukan seks' di stesen sibuk

Staf lelaki cium kepala pekerja wanita

Kes yang terbaru pula terjadi melibatkan seorang staf lelaki yang didakwa mencium kepala seorang pekerja wanita.

Kejadian tersebut dikongsikan oleh mangsa di laman Twitter @nabshelby.

Menurut wanita tersebut, dia telah membuat laporan polis mengenai kes itu tetapi suspek telah dijamin oleh si isteri.

Wanita itu sebelum ini mengambil keputusan untuk menyerahkan kes tersebut kepada pihak polis, tetapi dia agak bengang apabila suspek seolah-olah tidak mengambil serius mengenai perbuatan tidak senonohnya itu.

Biar betul dia ni? Alasan tak munasabah langsung.

Lebih mengejutkan, suspek mendakwa dia bertindak mencium kepala staf perempuan itu kononnya mahu memberi kasih sayang.

Hulur RM 50 sebab serba salah

Bukan itu sahaja, staf lelaki turut tersebut menghulurkan wang tunai berjumlah RM 50 kepada wanita berkenaan kononnya sebab ‘rasa bersalah’ selepas kejadian terbabit.

komen mangsa

Suspek turut mempersoalkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa kerana mendakwa dirinya tidak menyentuh langsung kemaluan wanita berkenaan.

Sumber: TRP

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN