Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Nadir Al-Nuri dedah identiti pembunuh pensyarah UniKL BMI, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Lelaki yang didakwa suspek utama kes pembunuhan imam dan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr. Fadi Mohammed Al Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 merupakan seorang ejen daripada Agensi Perkhidmatan Rahsia Israel iaitu Mossad.

Nadir Al-Nuri dedah identiti pembunuh pensyarah UniKL BMI, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh
Nadir Al-Nuri dedah identiti pembunuh pensyarah UniKL BMI, Dr. Fadi Mohammed Al Batsh

Perkara itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di laman Telegram sebentar tadi.

Nadir berkata, lelaki tersebut bernama Husam Abdul Majid Muhammad Al-Astal dan dia dipercayai terlibat dengan agensi itu sejak 2016.

“Operasi dilakukan bersama seorang pengintip Me*** dan dua pengintip bukan Arab. Merupakan pegawai di dalam Mossad dan bekerja di beberapa tempat dan terlibat dalam beberapa operasi,” katanya hari ini.

Terdahulu, laporan lelaki warga asing yang merupakan suspek utama kes pembunuhan Fadi dikatakan telah berjaya ditangkap oleh pihak keselamatan Gaza semalam.

Baca: Kes bunuh pensyarah Palestin: Suspek mengaku terima arahan Mossad Israel

Menurut Nadir, pembunuh tersebut masuk ke Gaza dan menghubungi pihak penjajah untuk meminta duit dan perbualannya diintip pihak keselamatan Gaza dan kemudiannya ditangkap.


Dalam kejadian pada 21 April 2018, Fadi maut ditembak oleh dua lelaki bermotosikal yang melepaskan 10 tembakan di badan dan kepala mangsa sekitar pukul 6 pagi.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan ke Surau Medan Idaman, Setapak bagi menunaikan solat Subuh dan pembunuhan pensyarah warga Palestin itu dipercayai didalangi ejen Mossad. – Kosmo Online

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN