Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Omicron: PKP kembali dilaksana menjelang Aidilfitri? “Dah ada bau-bau PKP”— Netizen

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Peningkatan kes varian Omicron yang dilaporkan baru-baru ini melahirkan kegusaran dalam kalangan orang ramai sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula.

PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)
Kerajaan mungkin akan menimbang melaksanakan semula PKP jika jangkitan Covid-19 meningkat

Tinjauan Kosmo! di laman sosial mendapati rata-rata orang ramai mula meluahkan kerisauan jika terpaksa berdepan dengan sekatan penuh seperti yang berlaku sebelum ini.

Ramai dilihat sudah pasrah dan reda jika terpaksa menyambut raya Aidilfitri di perantauan atau secara bersendirian.

“Memang tidak menyimpan harapan untuk beraya macam dahulu sebab dah dua kali beraya seorang diri, terima dengan rela hati,” luah Lyza Emyza.

“Macam biasa, tapi pelik juga kenapa masa raya mesti hendak dikenakan PKP,” ujar Nur Amira.

Omicron merupakan varian terbaharu Covid-19 yang diumumkan Organisasi Kesihatan Dunia (WHO) dan diklasifikasi sebagai variant of concern (VoC) sejak 19 November lalu.

Setakat ini, sebanyak 245 kes varian Omicron iaitu 233 kes jangkitan import dan 12 kes penularan tempatan direkodkan.

Awal bulan ini, tanda-tanda yang paling biasa bagi simptom Omicron seperti didedahkan selepas penghidap merekodkan gejala dialami dalam Kajian ZOE COVID-19 yang meluas dengan lima simptom teratas ialah mengalami hidung berair, sakit kepala, keletihan, bersin dan sakit tekak.

Bagaimanapun, simptom lain dalam 20 teratas adalah suara serak, badan menggigil, pening, melangkaui waktu makan dan berasa sedih. - Kosmo Onlne

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN