Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rakaman video peniaga di kaki lima guna kereta Vellfire... Rupanya ini yang dijual peniaga ini

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Kebiasaanya kita lihat peniaga atau penjaja di tepi jalan kebiasaannya menggunakan lori atau kereta sebagai ‘gerai sementara’ mereka.

Rakaman video peniaga di kaki lima guna kereta Vellfire
Rakaman video tular peniaga di kaki lima guna kereta Vellfire

Namun, menerusi satu foto yang dikongsi di Facebook, kelihatan seorang peniaga menggunakan kenderaan mewah jenis Toyota Vellfire sebagai ‘gerainya’.

Difahamkan, foto yang tular tersebut dirakam seorang pengguna jalan raya di sekitar Jalan Raja Bot, Kuala Lumpur, tetapi tidak dapat dipastikan tarikh ia dirakam.


Melihat kepada foto berkenaan, peniaga tersebut dipercayai menjual air dan beberapa makanan kering.

“Jarang nampak orang meniaga dengan Vellfire. Meniaga air dan makanan pula, semoga laris jualan,” tulis hantaran tersebut.



Susulan perkongsian tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan peniaga tersebut yang menggunakan apa sahaja kenderaan yang ada ketika ini demi mencari rezeki yang halal.

“Selain kereta besar untuk bawa ramai penumpang, kegunaannya juga boleh bawa banyak barang, bagus digunakan untuk berniaga, bukan meminta-minta,” tulis Aishey Nafisa Ais Aiman.


Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna yang dikenali sebagai Rafidah Asnizan.

“Zaman Covid, semua rakyat terkesan, ‘struggle’ (susah) untuk mencari duit menampung keperluan keluarga,” ujarnya.

Sumber -K! ONLINE.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN