Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Setelah semua ikhtiar dilakukan, Australia pasrah dan sedia hidup bersama Covid-19

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
SYDNEY – Perdana Menteri Australia, Scott Morrison memaklumkan bahawa negara itu sudah bersedia untuk hidup bersama virus Covid-19 setelah sasaran vaksinasi dicapai, lapor rangkaian televisyen NBC News.

Setelah semua ikhtiar dilakukan, Australia pasrah dan sedia hidup bersama Covid-19

Oleh yang demikian, kerajaan Australia akan menamatkan sekatan pergerakan dan membuka semula sempadan dalam negara dan antarabangsa.

Ketika strategi itu mula dirancang, varian Omicron yang pantas merebak pula muncul. Jumlah kes harian meningkat di Australia daripada sekitar 1,000 sehari kepada lebih daripada 100,000 sehari dalam masa sebulan.

Dalam pada itu, gejala-gejala yang cuba dielakkan di negara itu mula dikesan dengan sistem kesihatan mula merundum. Rak-rak di pasar raya juga kosong kerana pekerja yang sakit tinggal di rumah.

Disebalik lonjakan kes, kebanyakan negeri dan wilayah di negara itu telah membiarkan virus tersebut merebak dengan pengkritik-pengkritik melabelkannya sebagai pendekatan ‘biar Covid-19 merebak’.

Jumlah kes harian meningkat di Australia daripada sekitar 1,000 sehari kepada lebih daripada 100,000 sehari dalam masa sebulan.
Jumlah kes harian meningkat di Australia daripada sekitar 1,000 sehari kepada lebih daripada 100,000 sehari dalam masa sebulan. Sumber: Worldometers

Peraturan pemakaian pelitup muka serta pendaftaran masuk ke sesebuah tempat menggunakan aplikasi vaksinasi kerajaan untuk tujuan pengesanan akan dilonggarkan.

Alexandra Martiniuk yang merupakan profesor dan ahli epidemiologi di Universiti Sydney berkata, keputusan yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini adalah tidak sesuai.


“Beberapa negeri dan wilayah mula mengurangkan sekatan biarpun varian Omicron menular. Saintis, pakar lain serta orang awam bertanya sama ada tindakan ini betul atau tidak.

“Kita sepatutnya menukar rancangan apabila Omicron menular dan tidak patut meneruskannya tanpa menjangkakan kesan akan datang,’’ jelas beliau. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN