Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Suri rumah maut, kereta dipandu hilang kawalan terbabas melanggar lopak air

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
HULU TERENGGANU - Seorang suri rumah maut setelah kenderaan dinaiki terbabas dalam kemalangan di Kilometer 392.2 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu.

Suri rumah maut, kereta dipandu hilang kawalan terbabas melanggar lopak air
Kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 392.2 LPT2 Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu. 

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, mangsa, Norbibi Arisysa Ab Latif, 26, yang berada di tempat duduk hadapan sebelah pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, nahas itu dipercayai berlaku setelah kereta jenis Honda Jazz dipandu suami mangsa, Nasir Mamat, 32, melanggar lopak air sebelum hilang kawalan lalu terbabas.

"Siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu bergerak dari rumah di Batu Rakit menuju ke rumah saudara mereka di Cheneh, Kemaman bersama dua anak saudara.

Suri rumah maut, kereta dipandu hilang kawalan terbabas melanggar lopak air
Kereta dinaiki mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 392.2 LPT2 Ajil menghala ke Bukit Besi pada Sabtu. 

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan tersebut telah melanggar lopak air dan hilang kawalan sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan sebelah kanan jalan menghala ke Bukit Besi," katanya kepada pemberita, pada Sabtu.


Seorang suri rumah maut setelah kenderaan dinaiki terlibat kemalangan di Kilometer 392.2 LPT2 Ajil menghala ke Bukit Besi, pada Sabtu. Mohd Adli berkata, pemandu kenderaan patah bahu sebelah kiri manakala dua lagi penumpang iaitu Mohamad Danish Iskandar Mohd Darus, 8, cedera ringan di tangan manakala Mohamad Danish Idlan Mohd Darus, 4, mengalami cedera ringan.

"Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut. Tiga lagi mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital untuk menerima rawatan," katanya.

Beliau berkata, kes itu disiasat dibawah Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN