Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Tular ‘seorang remaja dipukul 3 lelaki’, Polis tahan suspek untuk bantu siasatan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
Tiga lelaki direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung video tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki dipukul di Kuala Sepetang di Taiping.

Tular ‘seorang remaja dipukul 3 lelaki’, Polis tahan suspek untuk bantu siasatan
Tular ‘seorang remaja dipukul 3 lelaki’, Polis tahan suspek untuk bantu siasatan

Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, berkata semua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada 9.45 malam semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

“Polis telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.

“Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh tiga lelaki,” katanya dalam kenyataan.



Osman berkata, susulan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN