Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ali Puteh kena bayar RM60K, Balu arwah Abam Bocey menang kes mahkamah tuntutan saman fitnah

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

UMUM mengetahui akan kemelut melanda antara Ali Puteh dan juga isteri arwah Abam Bocey, Nor Hidayah. Selepas 2 tahun, akhirnya kes saman fitnah selesai apabila Nor Hidayah menang dalam kes tersebut.

Ali Puteh kena bayar RM60K, Balu arwah Abam menang kes mahkamah tuntutan saman fitnah
Ali Puteh kena bayar RM60K, Balu arwah Abam menang kes mahkamah tuntutan saman fitnah

Keputusan kes saman fitnah itu dibuat Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi dan mahkamah memerintahkan Ali Puteh membayar ganti rugi kepada Nor Hidayah sebanyak RM60,000.

Menurut peguam yang mewakili Nor Hidayah, Mohamed Ibrahim Mohamad mengatakan bahawa kemenangan tersebut telah membersihkan nama dan juga reputasi keluarga Hidayah.

Malah, pada prosiding itu juga pihak mahkamah telah menolak tuntutan yang dibuat keluarga Allahyarham Abam dengan kos. Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan ada pihak dianiaya oleh Hidayah tetapi sebaliknya berlaku dan mahkamah telah membuktikan perkara itu dengan kemenangan ini.

Mengulas lanjut akan kemenangan ini, Hidayah mengatakan sudah berasa lega dan minta orang ramai mendoakan yang baik-baik untuknya dan anaknya. Kontroversi mula muncul apabila Hidayah mengeluarkan saman terhadap Ali Puteh dengan tuntutan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Saman yang dibuat oleh Hidayah itu antaranya menuduh Ali Puteh mengambil harta anak yatim dan harta arwah Abam. Selain itu, antara tuduhan lain yang difailkan adalah tuntutan faraid, hak penjagaan anak, kereta dan sebagainya.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN