#31: News Ticker

TERKINI
Memuatkan berita terkini...

Header Ads - HTML1

Buka pintu tengah jalan, pemilik Vios dikecam punca motosikal kemalangan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

MELAKA ― Meskipun kita peka setiap kali memandu dan tidak melanggar undang-undang jalan raya namun dek kerana sikap tidak beranggungjawab pemandu lain kita boleh menjadi mangsa kemalangan.

Buka pintu kereta tengah jalan

Buka pintu kereta di tengah jalan, penumpang Toyata Vios dikecam punca motosikal kemalangan | 🖼️ Foto: Media Sosial

Baru-baru ini, tular satu rakaman video dashcam sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita melanggar kereta lain apabila cuba mengelak sebuah kenderaan Toyota Vios di lorong kanan secara tiba-tiba membuka pintu kereta.

Difahamkan, kejadian didakwa berlaku di Melaka. Dapat dilihat sebaik sahaja jatuh pembonceng motosikal berkenaan terus ke kereta Vios berkenaan.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya mengapa penumpang Vios itu membuka pintu ketika berada di tengah jalan raya.

Kenapalah makcik tu buka pintu kat situ, kalau nak mati pun janganlah ajak orang lain, kecam seorang netizen.
komen netizen
Sepatutnya lori yang langgar biar tercabut pintu kereta dia, komen seorang lagi.

Malah, ramai yang mengecam tindakan penumpang Vios berkenaan yang mementingkan diri sehingga menjadi punca motosikal itu kemalangan.

Sumber: Facebook Dashcam Malaysia

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM