Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ramai ingat guna filter kamera, gadis ini gigih kutip siput babi buat rawatan wajah kulit cerah dan licin

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

DALAM hal penjagaan tubuh badan serta kecantikan, memang golongan perempuan sangat arif. Tak kiralah sama ada tua atau muda, bagi mereka yang mampu, sanggup berhabis ratusan dan ribuan ringgit untuk kekal cantik.

Ramai ingat guna filter kamera, gadis ini gigih kutip siput babi buat rawatan wajah kulit cerah dan licin
Ramai ingat guna filter kamera, gadis ini gigih kutip siput babi buat rawatan wajah kulit cerah dan licin 

Selain mendapatkan rawatan kecantikan di spa, ramai juga yang suka menggunakan cara tradisional atau dipanggil ‘home remedy’.


Pejuang acne, cepat sembuh ya mukaku

Awalnya disangkakan sedang menggunakan filter aplikasi, seorang gadis bernama Lydia malah menjadi perhatian di TikTok. Mana taknya, dia dengan selamba saja merakam aksi sewaktu wajahnya yang putih dilekatkan dengan lebih 10 ekor siput babi. Tindakan itu dibuat untuk merawat mukanya yang pernah ditumbuhi jerawat.



Mana nak cari siput-siput ni?...

Carinya di ranting-ranting pokok biasanya terus waktu pagi… Kalau dah siang kurang sikit..

Susulan rakaman tersebut, Lydia turut berkongsi video lain yang memaparkan aktiviti sewaktu mengutip haiwan berkenaan sebelum dikumpulkan dalam satu kotak kecil. Selain di celah-celah rumput, ada juga yang diambilnya bertenggek di helaian daun serta ranting pokok.





Cara perawatan

Tinggal letak je senang… Kalau nanti lendir tu berkurang, ganti dengan siput yang lain

Selain itu, gadis berkenaan juga tidak lokek menceritakan langkah-langkah ‘perawatan wajah’ menggunakan siput babi tersebut.

Selepas ia dibersihkan, siput tersebut akan diletakkan terus ke atas wajah bagi mengeluarkan lendir yang cukup bagus untuk kulit.

Jika cecair berkenaan mulai kering, Lydia akan mengganti haiwan tersebut dengan yang lain.




Kredit: TikTok lydia_yayya

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN