Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kemalangan: Pemandu Toyota Hilux maut serta merta langgar belakang lori roti

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

TAPAH: Seorang lelaki maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini, semalam.

KEADAAN kereta dipandu mangsa yang melanggar belakang lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah, Perak,  semalam. - IHSAN PDRM
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang melanggar belakang lori di Kilometer 312.2, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Tapah, Perak,  semalam. - IHSAN PDRM

Nahas pada pukul 11 malam itu mengorbankan Shaik Shafiq Shaik Abdul, 31, di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dipandu mangsa melanggar belakang sebuah lori.

Katanya, pelanggaran itu mengakibatkan mangsa cedera parah dan maut di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat manakala pemandu lori muatan roti berusia 53 tahun tidak cedera.

Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN