Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hari ini melebihi 10,000 – Tan Sri Dr Noor Hisham

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KES baharu COVID-19 dalam negara hari ini melebihi 10,000 dengan 10,089 kes dilaporkan setakat 12 tengah hari, menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat kepada 2,914,220, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham.

Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hari ini melebihi 10,000 – Tan Sri Dr Noor Hisham
Kes jangkitan baharu Covid-19 dalam negara hari ini melebihi 10,000 – Tan Sri Dr Noor Hisham

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes baharu COVID-19 melebihi paras 10,000 adalah pada 2 Oktober lepas iaitu 10,915 kes.

Manakala semalam, kes COVID-19 dilaporkan sebanyak 9,117 menunjukkan peningkatan sebanyak 972 kes.

Baca: Kes dijangka mencecah 15K, Malaysia sedang berdepan varian Omicron sepenuhnya – Khairy Jamaluddin

Dr Noor Hisham menerusi Twitter rasmi beliau berkata 99.24 peratus atau 10,012 kes baharu adalah dalam kategori satu dan dua, manakala 77 kes lagi atau 0.76 peratus berada dalam kategori tiga, empat serta lima.

Beliau berkata Selangor merekodkan jumlah tertinggi kes positif iaitu 2,549 kes, diikuti Johor (1,582), Sabah (1,285), Kedah (904) dan Pahang (624).

Ia diikuti Pulau Pinang (542), Kuala Lumpur (491), Kelantan (471), Negeri Sembilan (464), Melaka (457), Perak (321), Terengganu (213), Putrajaya (61), Sarawak (58), Perlis (44) dan Labuan (23). - Bernama

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN