Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Seharian dgn Aunty Lala. Dekta gembira sangat...” – peminat doakan Wan Sharmila, Shuib berjodohan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Namanya dipetik kononnya merupakan wanita misteri yang memeluk anak Shuib dalam satu video baru-baru ini, akhirnya pelakon Wan Sharmila bertemu dengan anak pelawak itu iaitu Talita.

“Seharian dengan Aunty Lala. Dekta gembira sangat...” — peminat doakan Wan Sharmila & Shuib berjodohan

Menerusi video dikongsikan di akaun Instagram Siti Sarah, Talita dilihat gembira apabila dapat bertemu serta meluangkan masa dengan Wan Sharmila.

“Harini Dekta (Talita) jumpa Aunty Lala (Wan Sharmila). Pergi makan-makan. Aunty lala belikan buku. Dekta pun bagi hadiah Loveta dekay Aunty Lala. Jumpa lagi Aunty Lala. Terima kasih luangkan masa dengan Dekta.

“Seharian dengan Aunty Lala. Dekta gembira sangat. Jumpa lagi,” kapsyen pada video itu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang gembira dan teruja melihat pertemuan tersebut. Tidak kurang juga ada yang mendoakan pelakon itu berjodohan dengan Shuib.

Dalam pada itu, ada segelintir netizen mengatakan wajah Talita hampir sama dengan Wan Sharmila malah kedua mereka juga nampak serasi.

Terdahulu, Wan Sharmila mengakui terkejut melihat video tersebut kerana wanita itu miripnya tetapi itu bukan dirinya.

Baca: “Saya sendiri tengok pun terkejut sebab memang persis saya....” Wan Sharmila dipeluk anak Shuib?

Dalam pada itu, Wan Sharmila menolak andaian netizen cuba untuk menjodohkannya dengan Shuib sebaliknya mereka hanya meneka siapa wanita misteri itu sahaja.

Sumber: UtusanTV

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN