Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] “Tak pakai apa-apa..” selamba jer dia bogel isi minyak, kemudian ke kaunter buat bayaran

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.
SYDNEY – Seorang lelaki pertengahan usia dilaporkan berjalan ke dalam sebuah stesen minyak di timur Sydney untuk membayar petrol dalam keadaan berbogel, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

“Tak pakai apa-apa..” selamba jer dia bogel isi minyak, kemudian pergi kaunter buat pembayaran

Kejadian yang dirakam menerusi sistem televisyen litar tertutup (CCTV) itu menunjukkan situasi ketika seorang juruwang sedang melayan pelanggan di Edgecliff BP, New South Head Road pada Khamis minggu lalu.


Lelaki itu dilihat membayar minyak menggunakan telefon dengan bersahaja ketika juruwang itu cuba mengelak daripada bertentang mata dengannya.

Selepas selesai membayar, dia kemudian dilihat dengan pantas berpusing dan berjalan ke keretanya.

Ketika lelaki itu mengisi minyak, seorang pekerja lain dilihat berada di dalam kedai dengan beberapa pelanggan turut menggunakan pam minyak berdekatan.

Saksikan video di bawah:

Video kejadian diperoleh oleh pengurus stesen radio Radio King, Bruno Bouchet dan pengacara stesen radio KIIS 106.5, Kyle Sandilands sebelum dikongsikan di laman Twitter.


Bouchet memberitahu laman berita Daily Mail Australia bahawa kejadian yang berlaku menyebabkan juruwang itu kehilangan kata-kata.

“Juruwang itu lebih bimbang kerana lelaki itu tidak memakai pelitup muka tetapi tidak tahu bagaimanan hendak menegur memandangkan seluruh badannya tidak ditutupi,” kata Bouchet. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN