Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Treler bertembung bas kilang, dua parah, 15 lagi cedera

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

PERAI – Dua parah selepas sebuah treler bertembung dengan sebuah bas kilang dalam kejadian berdekatan sebuah kilang di Jalan Perusahaan Perai, di sini pada petang Sabtu.

BAS kilang dan treler bertembung dari arah bertentangan di Jalan Perusahaan Perai. FOTO Bernama
BAS kilang dan treler bertembung dari arah bertentangan di Jalan Perusahaan Perai. FOTO Bernama

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai, PBK II Mohd Fakharurazi Md Rejab berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7.15 malam itu turut melibatkan 15 penumpang bas yang merupakan pekerja kilang.

Menurutnya, kesemua penumpang tersebut yang merupakan lelaki bukan warganegara Malaysia hanya cedera ringan.

“Kita menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.21 malam dan terus bergegas ke lokasi kejadian. Di situ kita mendapati, kemalangan melibatkan sebuah bas kilang yang membawa pekerja telah bertembung dengan sebuah treler.

“Kemalangan tersebut menyebabkan bas kilang terbalik. Pemeriksaan mendapati, pemandu treler dan pemandu bas tersepit di bahagian tempat duduk. Kedua-duanya dalam keadaan cedera parah,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambahnya, kedua-dua pemandu itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh tujuh minit dengan menggunakan peralatan.

“Kedua-dua mangsa yang tersepit telah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan selanjutnya. Identiti mereka belum diketahui.

“Sementara itu, semua 15 penumpang bas iaitu pekerja kilang yang cedera ringan turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan,” katanya.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN