Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki cekik kekasih sampai mati kerana terima panggilan video dari lelaki lain

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Seorang lelaki dilaporkan membunuh teman wanitanya dalam kejadian di rumah mangsa, Desa Ulumahuam, Kecamatan Silangkitang Labusel, Indonesia pada Khamis 24 Februari 2022 kira-kira jam 1.15 pagi.

Lelaki cekik kekasih sampai mati kerana terima angilan video dari lelaki lain

Foto Hiasan: Gara-gara cemburu, lelaki cekik kekasih sampai mati kerana terima panggilan video dari lelaki lain

Wendi Hariadi, 25, nekad membunuh Sugianti, 48, kerana mangsa menerima panggilan video dengan lelaki lain tanpa pengetahuan suspek.

"Suspek cemburu kerana mangsa menerima video call daripada lelaki lain di depan matanya sendiri," kata Ketua Polis Labuhanbatu, Anhar Arlia Rangkuti pada Rabu, 2 Mac 2022.

Sebelum kejadian, suspek datang ke rumah mangsa dan melakukan hubungan intim. Ketika sedang berdua-duaan, suspek berasa cemburu kerana mendapati Sugianti menerima video call dari lelaki lain.

Akibat rasa cemburu yang melampau, suspek terus mencekik mangsa dan mukanya ditekup menggunakan bantal sehingga mati.

Suspek kemudian melarikan barangan berharga milik mangsa antaranya motosikal jenis Honda Revo dan telefon bimbit Redmi 6A.

Polis yang menerima laporan mengenai pembunuhan mangsa terus melakukan siasatan dan berjaya mengesan kedudukan suspek yang kemudian ditahan dan bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.

Sumber: Tribun News

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN