Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Saya pergi ke mahkamah dengan siapa, biar saya saja yang tahu...” — isteri Shuk Sahar

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Isteri pelawak Shuk Sahar, Rossa Sera atau Sera enggan berkongsi butiran susulan video kehadirannya ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini, kelmarin.

“Saya pergi ke mahkamah dengan siapa, biar saya saja yang tahu...” — isteri Shuk Sahar

Dalam video itu, turut kelihatan seorang lelaki yang didakwa Shuk duduk di kerusi pemandu kereta yang dinaiki Sera. Sekali gus mencetus pelbagai teka-teki mengenai status hubungan mereka.

Bagaimanapun, Sera cuma berharap urusannya dipermudahkan dan tidak mahu berkongsi gerangan lelaki dalam video terbabit.

"Mengenai saya ke mahkamah dan pergi dengan siapa, urusan itu biarlah saya saja yang tahu. Doakan semuanya baik-baik saja," katanya.

Pergolakan rumah tangga Shuk dan Sera terus menjadi tanda-tanya selepas Sera mahu memfailkan perceraian terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Baca: Sambil pegang fail bergaya keluar pejabat agama, netizen tanya siapa pemandu Serra, isteri Shuk Sahar

Bagaimanapun, Sera yang juga usahawan berusaha menghadapi kemelut melanda rumah tangganya itu dengan sebaik mungkin.

"Sesiapa yang diduga ujian macam ini, sudah tentu (terkesan mental dan fizikal). Kalau boleh biarlah saya dan Allah saja yang tahu bagaimanalah saya hadap.

"Saya cuba ambil yang positif dan cuba selesaikan mana yang terbaik. Yang paling penting, saya fikir untuk diri sendiri dan anak-anak," katanya.

Sera dan Shuk mendirikan rumah tangga pada 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 5 dan Nur Assyifatu Aimi, 2.

Sumber: myMetro

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN