Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rusia isytihar gencatan senjata sementara di Ukraine untuk beri laluan pemindahan orang awam

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

MOSCOW, 5 Mac – Tentera Rusia akan melaksanakan gencatan senjata di Ukraine bermula 10 pagi waktu Moscow (0700 GMT) pada Sabtu bagi memudahkan pemindahan orang awam melalui koridor kemanusiaan, lapor agensi berita Xinhua memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Rusia isytihar gencatan senjata sementara di Ukraine
Rusia isytihar gencatan senjata sementara di Ukraine untuk beri laluan pemindahan orang awam

Seperti yang dipersetujui oleh pihak Ukraine, koridor kemanusiaan akan membenarkan orang awam keluar dari Mariupol dan Volnovakha di selatan Ukraine, kata kementerian itu, tanpa mendedahkan tempoh gencatan senjata akan berkuatkusa.

Semasa rundingan damai pusingan kedua pada Khamis, perunding Rusia dan Ukraine bersetuju mengenai penubuhan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam berpindah dan melaksankan gencatan senjata sementara di sepanjang laluan pemindahan. – BERNAMA

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN