Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Covid-19: 2,048 pesakit masuk hospital, Penggunaan ICU cecah 44% kapasiti

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,048 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM).

Sejumlah 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar facebook)

Sejumlah 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar Facebook)

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,277 kes atau 62.4% adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 771 kes atau 37.6% Kategori 3 hingga 5.

Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 302 kes diikuti Perak (259) dan Johor (228).

Sementara itu, sebanyak 1,622 pesakit dibenarkan pulang semalam.

Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 889 atau 44% daripada jumlah kapasiti.

Katil ICU di enam negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti, iaitu Kelantan (79%), Johor (68%), Putrajaya (67%), Kuala Lumpur (62%), Selangor (57%) dan Pulau Pinang (57%).

Sejumlah 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada jumlah keseluruhan.

Sebanyak empat kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,869 kluster dikesan sehingga kini dengan 419 daripadanya aktif.

Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.04.

Sumber: Bernama

💡 FAQ: Soalan Lazim

  1. Apakah maksud 2,048 kes baharu yang dilaporkan?
    ➜ Angka tersebut merujuk kepada jumlah pesakit Covid-19 yang baharu dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam untuk pemantauan dan rawatan lanjut.
  2. 🔵 Berapakah tahap penggunaan katil ICU terkini?
    ➜ Penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 berada pada tahap 44% daripada jumlah kapasiti keseluruhan negara.
  3. Bagaimana dengan penggunaan alat bantuan pernafasan?
    ➜ Sejumlah 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan, yang mewakili 26% daripada peratusan penggunaan ventilator keseluruhan.
  4. 🔵 Adakah data ini merangkumi semua kategori pesakit?
    ➜ Ya, data tersebut merangkumi pesakit Kategori 1 dan 2 (62.4%) serta pesakit Kategori 3 hingga 5 (37.6%) yang memerlukan rawatan di hospital.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN