Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita terkejut dapat 'hadiah percuma' semasa terima barang yang dibeli dalam talian

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Seorang wanita terperanjat apabila menemui ‘hadiah percuma’ berupa kulit ular di dalam barangan yang dibelinya secara dalam talian.

Wanita terkejut dapat 'hadiah percuma' semasa menerima barang yang dibeli dalam talian
Wanita terkejut dapat 'hadiah percuma' semasa menerima barang yang dibeli dalam talian 

Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsikan di aplikasi TikTok, @cikeykin27 itu menunjukkan wanita tersebut sedang membuka kotak berisi kerusi yang dibelinya, namun dia tiba-tiba terkejut apabila menjumpai kulit ular.

Seekor ular dipercayai telah memasuki kotak tersebut berdasarkan kesan lubang yang terdapat pada kotak tersebut.

“Saya ingatkan sampah, saya pun pegang untuk keluarkan. Namun rupa-rupanya sekali kulit ular. Boleh bayangkan tak kalau ular tersebut tidak keluar dari kotak,” kata wanita itu.

Saksikan video:

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

“Ya Allah, kenapa sampai dapat macam itu. Kalau saya yang kena memang terus menjerit,” ujar @sitizulaikha.

“Dapat hadiah percuma, kalau ada sakit jantung, memang terus ke alam sebelah,” kata @madiera.

“Allahuakbar, seramnya saya sampai terbayang ular itu ada di dalam kerusi yang awak beli,” jelas @NurAtirah.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN