Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Azira Shafinaz jawab gossip hangat bercinta dengan Sharnaaz Ahmad

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Peminat hiburan tanah air yang mengikuti perkenmbangan 2 orang selebriti ini mungkin tahu, sejak dari tahun lalu, pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz kerap dikaitkan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Selain berkawan rapat di luar set penggambaran, kedua-duanya turut kelihatan mesra di laman sosial.

Azira Shafinaz jawab gossip hangat bercinta dengan Sharnaaz Ahmad
Azira Shafinaz jawab gossip hangat bercinta dengan Sharnaaz Ahmad

Sharnaaz yang sering dilihat meninggaIkan komen di gambar-gambar yang dik0ngsi Azira di Instagram serta rakan-rakan artis juga seperti memberi bayangan bahawa Azira dan Sharnaaz menjalinkan hubungan istimewa.

Sharnaaz yang sering dilihat meninggaIkan komen di gambar-gambar yang dik0ngsi Azira di Instagram serta rakan-rakan artis juga seperti memberi bayangan bahawa Azira dan Sharnaaz menjalinkan hubungan istimewa.

Azira Shafinaz
Azira Shafinaz

Azira menegaskan bahawa dia dan Sharnaaz tidak menjalinkan sebarang hubungan. Sebaliknya, mereka hanyalah kawan semata-mata.

“Saya tiada benda nak cerita sebab kami memang tiada apa-apa. Kita kawan dan mungkin juga orang luar suka kenen-kenenkan. Tapi betul, kami kawan je, tidak lebih.

“Kalau sahih dan keluar daripada mulut saya, maknanya ya (ada hubungan). Kalau tiada keluar apa-apa, maknanya tiada apa. Lagipun saya tak boleh nak tutup mulut orang. Terpulanglah…

“Berkenaan kenapa dia (Sharnaaz) selalu komen gambar saya, kena tanya dialah,” katanya.
Sharnaaz Ahmad
Sharnaaz Ahmad

Apabila ditanya adakah Sharnaaz memiliki ciri-ciri idamannya, Azira berkata apa yang penting pasangannya itu haruslah memahami, mampu bertolak ansur dan boleh menjaga dirinya dengan sebaiknya.

“Selain itu, umur dan status tidak penting. Apa yang mustahak adalah dia dapat terima saya seadanya, baik buruk saya serta keluarga saya,” katanya lagi.

“Terus-terang, kami ada saling mesej...” – Cinta Sharnaaz Ahmad, Shila Amzah sudah kembali bertaut?

Menurut Azira, dia mengakui dirinya seorang yang sangat ‘private’ apabila berbicara soal jodoh dan pasangan.

“Saya seorang yang sangat ‘private’. Kalau boleh, tak nak hebohkan benda yang tak pasti. Kalau dah pasti ke pelaminan, mungkin saya akan kongsi. Tetapi setakat kawan biasa, masih kenal-kenal… tidak kot. Apa pun saya serahkan pada Allah SWT, sebab jodoh di tangan-Nya,” ujarnya.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN