Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kerajaan umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

PUTRAJAYA - Penjawat awam gred 56 dan ke bawah menikmati durian runtuh apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM500.

Kerajaan umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam
Kerajaan umum Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut turut dinikmati oleh kakitangan di bawah skim kontrak perkhidmatan, contract for service, pegawai sambilan harian serta lantikan di bawah MySTEP.

"Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas RM250 kepada pesara kerajaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, pembayaran tersebut akan dibuat pada 25 April ini bersekali dengan pembayaran gaji.

"Bantuan khas tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara," katanya.

Beliau berkata, pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.

Kerajaan berharap dengan pemberian bantuan khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi," katanya.

Sumber: Sinar Harian

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN