Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Isu video muzik raya Kelepok Raya, Aliff Syukri ke Pejabat SKMM beri keterangan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), telah memanggil usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bagi membantu siasatan berhubung satu klip video muzik Kelepok Raya sempena Aldilfitri.

Isu video muzik raya Kelepok Raya, Aliff Syukri ke Pejabat SKMM untuk beri keterangan
Isu video muzik raya Kelepok Raya, Aliff Syukri ke Pejabat SKMM untuk beri keterangan

Beliau tiba di perkarangan SKMM di Cyberjaya pada jam 9.58 pagi dengan berpakaian kot kelabu serta seluar panjang berwarna hitam dengan diiringi dua individu.

"Maaf ya, saya kena masuk ke dalam," katanya kepada pemberita yang menunggu seawal jam 9 pagi.

Kehadiran individu kontroversi itu bagi memberikan keterangan berhubung klip video muzik sempena Aidilfiti yang dikaitkan dengan unsur bertentangan dengan norma dan budaya tempatan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, semalam dilaporkan berkata satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berhubung video berkenaan.

Kelepok Raya, Aliff Syukri ke Pejabat SKMM untuk beri keterangan
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia di Cyberjaya untuk memberi keterangan dan merakamkan percakapan berkaitan klip video muzik yang menimbulkan kontroversi. - NSTP

Beliau berkata, individu yang dikenal pasti telah diberi notis dan diminta untuk hadir di ibu pejabat MCMC di Cyberjaya hari ini.

Penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Sumber: BH Online

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN