Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pegawai KPDNHEP gagalkan cubaan 4 lelaki seleweng 21,000 iiter diesel bersubsidi

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Bukit Mertajam : Cubaan empat lelaki dipercayai menyeleweng diesel bersubsidi gagal apabila ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Paboi, Simpang Ampat, dekat sini, malam tadi.

Cubaan 4 lelaki gagal seleweng 21,000 iiter diesel bersubsidi

Sepasukan pegawai penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang menyerbu premis berkenaan jam 11.30 malam selepas mendapat maklumat berhubung penyelewengan bahan kawalan terbabit.

Pengarah KPDNHEP negeri, S Jegan, berkata, ketika serbuan, ada empat lelaki berusia antara 30 hingga 50 tahun sedang melakukan aktiviti pemindahan diesel dari sebuah lori berkapasiti 10 tan yang telah diubahsuai ke dalam sebuah lori tangki.

“Pemeriksaan lanjut yang dijalankan mendapati terdapat 5,000 liter minyak diesel dalam lori terbabit, manakala lori tangki pula sudah diisi kira-kira 10,000 liter minyak diesel.

“Selain itu, kita turut menemui sebuah lori yang berisi 6,000 liter minyak diesel dalam premis berkenaan menjadikan keseluruhan 21,000 liter minyak diesel yang cuba diseleweng,” katanya pada sidang media di Kompleks Penyimpanan Stor Eksibit KPDNHEP negeri, di sini, hari ini.

Jelasnya, siasatan juga mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen untuk menyimpan minyak diesel.

“Berikutan itu, semua diesel termasuk tiga lori dengan nilai keseluruhan berjumlah RM115,150 dirampas untuk tindakan seterusnya..

“Keempat-empat lelaki yang dipercayai melakukan aktiviti penyelewengan terbabit turut ditahan bagi siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

- Harian Metro

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN