Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bunuh rakan sekerja, suspek dirakam senyum sambil bawa troli berisi mayat dalam lif

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

TINDAKAN seorang lelaki yang membunuh rakan sekerja wanita terbongkar apabila aksinya membawa mayat mangsa dalam sebuah troli dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) lif sebuah apartmen di Jakarta Timur.

Menurut laporan Detik News, suspek yang dikenali sebagai R telah ditahan selepas mayat seorang wanita ditemui dalam keadaan berbalut plastik di JI Kalimalang, Pondok Gede, Bekasi.

Menerusi rakaman CCTV, suspek berusia 36 tahun dilihat dalam keadaan tenang menolak sebuah troli yang berisi beg, bantal dan mayat mangsa yang dibalut rapi dengan plastik.

Malah, suspek juga dilihat sempat tersenyum dan memberi salam terhadap dua orang lelaki yang berada di dalam lif tersebut.

Pengarah Siasatan Jenayah Polis Metro Jaya, Hengki Haryadi berkata, kejadian pada Isnin itu berlaku ketika suspek menjemput mangsa berusia 36 tahun di sebuah apartmen.

Katanya, semasa kedua-dua mereka berbual, mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang lelaki dan tidak disukai suspek.

“Kedua-dua mereka kemudian bertengkar sebelum suspek bertindak menghempas mangsa ke atas katil.

“Mangsa kemudian cuba meminta tolong dengan menelefon rakan lain, tetapi suspek bertindak mencekik sehingga mati,” katanya, lapor Utusan TV.

Siasatan awal, suspek dipercayai bertindak demikian kerana sakit hati. Bagaimanapun, polis masih menyiasat motif sebenar pembunuhan.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN