Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cubaan mencuri ekzos gagal, namun maut pula bila dihempap Honda Accord

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Seorang lelaki mati dipercayai dihempap kereta ketika melakukan perbuatan jenayah mencuri ekzos kenderaan itu di Taman Jaya Utama, Telok Panglima Garang, Kuala Langat awal pagi semalam.

Cubaan mencuri ekzos gagal, namun maut pula bila dihempap Honda Accord

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, polis dimaklumkan oleh seorang kakitangan klinik kesihatan berdekatan.

Difahamkan, kakitangan itu merawat lelaki tempatan berusia 40-an tersebut yang telah meninggal dunia di tepi sebuah kenderaan jenis Honda Accord.

“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku semasa si mati (suspek) dan seorang rakannya dipercayai sedang cuba untuk mencuri tabung ekzos kereta terbabit.

“Tiba-tiba alat pengangkat kereta yang digunakan telah terjatuh sebelum kereta itu menghempap si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Cubaan mencuri ekzos gagal, namun maut pula bila dihempap Honda Accord

“Tiba-tiba alat pengangkat kereta yang digunakan telah terjatuh sebelum kereta itu menghempap si mati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahmad Ridhwan berkata, pada hari sama, polis berjaya menahan rakan sejenayah si mati di sekitar kawasan Telok Panglima Garang.

“Suspek berusia 32 tahun ini didapati memiliki tujuh rekod jenayah dan dua kes dadah.

“Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Banting untuk siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Sumber: Sinar Harian

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN