Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Dipercayai diculik sejak 5 hari lalu, mayat seorang wanita ditemui dalam gaung

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Mayat seorang wanita yang dipercayai mangsa culik pada Ahad lalu ditemui meninggal dunia dalam gaung di Bukit Tekali, Hulu Langat, Selangor pada 27 September lalu.

Diculik sejak 5 hari lalu, mayat seorang wanita ditemui dalam gaung

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yusoff, mangsa yang disyaki dibunuh telah dijumpai oleh orang awam kira-kira jam 3.30 petang.

“Pemeriksaan lanjut ke atas mayat berkenaan mendapati mangsa merupakan kes culik sedang disiasat berdasarkan kad pengenalan dan dokumen yang ditemukan bersamanya serta pengecaman ahli keluarga,” ujarnya.

Katanya, pihaknya menerima laporan daripada sepupu mangsa sehari selepas dilarikan di kawasan rumahnya di Broga, Lenggeng dan turut menerima mesej daripada suspek untuk meminta duit tebusan.

Malah, seorang lelaki berusia lingkungan 20 tahun telah dipanggil oleh pihak polis di Ampang, Selangor untuk membantu siasatan.

Difahamkan, mangsa dan lelaki tersebut merupakan pasangan kekasih yang mula berkenalan di laman sosial sejak awal tahun dan tujuan atau motif pembunuhan dipercayai ada kaitan hutang.

Tambahnya lagi, lelaki itu akan direman selama 15 hari bermula 28 September lalu serta hasil ujian saringan air kencing mendapati dia negatif dadah dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Penculikan 1961.

Sumber: Harian Metro

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN