Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Dua individu patah kaki akibat jatuh dari tingkat 8 lif kondominium di Brickfields

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Dua termasuk seorang wanita patah kaki, empat lagi selamat apabila lif dinaiki mereka di sebuah blok kondominium di Lengkok Thamby Abdullah, Brickfields, di sini jatuh dari tingkat lapan, malam tadi.

Dua individu patah kaki akibat jatuh dari tingkat 8 lif kondo di Brickfields
Antara mangsa yang cedera dalam kejadian lif jatuh di Brickfields, semalam. - Foto ihsan bomba

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 9.52 malam.

"Seramai 11 anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi jam 10.12 malam, terdapat lif terjatuh dari tingkat lapan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, terdapat enam individu berada di dalam lif terbabit ketika kejadian itu yang terdiri daripada tiga wanita, dua lelaki serta seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun.

"Dalam kejadian ini, terdapat seorang wanita dan seorang lelaki yang patah kaki. Mereka dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

"Operasi tamat sepenuhnya jam 11.35 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan," katanya.

Sumber: BH Online

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN