Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lebih 149 maut akibat sesak nafas semasa sambutan Hari Halloween di Itaewon

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

SEOUL – Sekurang-kurangnya 149 orang maut dan lebih 78 lagi cedera akibat sesak nafas dan serangan jantung dalam tragedi menakutkan semasa sambutan Hari Halloween di Bandar Itaewon, Korea Selatan lewat malam semalam, lapor akhbar The Korean Herald pagi ini.

149 maut akibat sesak nafas semasa sambutan Hari Halloween di Itaewon
Seramai 848 anggota termasuk 364 anggota bomba digerakkan bagi menangani insiden ngeri berkenaan dengan 142 ambulans telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

🗂️ Laporan bomba

Pihak bomba mula menerima laporan pesakit yang mengalami kesukaran bernafas pada jam 10.22 malam (waktu tempatan) pada Sabtu. Daripada 149 orang yang meninggal dunia, 101 telah dipindahkan ke hospital. Baki 45 mayat telah disimpan di lokasi dan kemudiannya dipindahkan ke gimnasium dalaman pelbagai guna berdekatan.

Pegawai bomba tempatan memaklumkan proses mengenal pasti si mati dijangka mengambil sedikit masa. Kebanyakan yang maut berumur dalam lingkungan 20-an. Pegawai menjangkakan bahawa jumlah korban akan terus meningkat sepanjang hari ini.

Pegawai mengesahkan bahawa dua warga asing maut dan 15 warga asing cedera setakat pukul 6:40 pagi Ahad(waktu tempatan). Ketua bahagian jenayah Polis Yongsan, Choi Eul-cheon, berkata tiada laporan berkaitan dadah telah disahkan.

Kenyataan tersebut bagi menjawab persoalan sama ada dadah terlibat dalam kejadian itu. Pihak bomba mengeluarkan maklum balas peringkat pertama pada jam 10.38 malam (waktu tempatan) pada hari Sabtu dan kemudian menaik tarafnya ke peringkat tiga pada pukul 11:50 malam (waktu tempatan).

ADVERTISEMENT

🗂️ Operasi menyelamat

Seramai 848 anggota termasuk 364 anggota bomba digerakkan bagi menangani insiden ngeri berkenaan dengan 142 ambulans telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Pada kira-kira pukul 11:30 malam (waktu tempatan) pekerja penyelamat dirakam sedang menjalankan bantuan pernafasan kecemasan ke atas berpuluh-puluh orang yang tidak sedarkan diri berhampiran Hotel Hamilton di Itaewon, demikian menurut laporan.

Laporan awal menyebut terdapat kira-kira 50 mangsa mengalami serangan jantung di tempat kejadian.

🗂️Kronologi kejadian

Kira-kira 100,000 orang berada di daerah hiburan sepanjang hari semalam untuk meraikan hujung minggu Halloween pertama tanpa pelitup muka dan langkah-langkah penjarakan sosial sejak bermulanya wabak Covid-19. “Semua kementerian dan agensi berkaitan, yang diketuai oleh menteri pentadbiran awam dan keselamatan, diarahkan berusaha sedaya upaya untuk segera memberikan bantuan kepada mangsa,” menurut Lee Jae-myung, seorang timbalan jurucakap pejabat presiden mewakili Presiden Yoon Suk-yeol.

Presiden juga penubuhan jawatankuasa langkah keselamatan untuk menangani kebarangkalian insiden kecemasan serupa yang boleh tercetus pada acara Halloween yang berlangsung di seluruh negara.

Datuk Bandar Seoul, Oh Se-hoon juga telah mengambil keputusan untuk pulang segera dari perjalanan perniagaannya di Eropah. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN