Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki pegang parang cuba masuk kereta wanita ketika berhenti di lampu isyarat

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

BRISBANE, Queensland – Seorang wanita di negeri Queensland, Australia berdepan detik cemas apabila keretanya cuba dirampas individu menakutkan semasa berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, lapor akhbar The Sun semalam.

Lelaki pegang parang cuba masuk kereta wanita semasa berhenti di lampu isyarat
Mangsa sempat merakam kejadian tersebut sambil suspek beberapa kali melibas-libas parang sambil tersenyum sinis ke arah kamera

Mangsa, Ash Massacre berkata, lelaki itu memegang sebilah parang dan mengetuk cermin tingkap keretanya dalam usaha memasuki kenderaan tersebut.

Massacre sempat merakam kejadian tersebut sambil suspek beberapa kali melibas-libas parang sambil tersenyum sinis ke arah kamera.

Selepas gagal membuka pintu, suspek akhirnya berlalu pergi dengan senjata tajam masih berada di tangannya.

“Ia benar-benar satu situasi yang menakutkan.

“Saya tergamam dan terkejut kerana perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini,” tulisnya pada video yang dimuat naik di TikTok.

Polis kemudian dihubungi ke tempat kejadian dan seorang lelaki berusia 21 tahun telah ditahan.

Dia telah didakwa kerana mengancam keganasan, cuba memasuki kenderaan bermotor secara tidak sah dan menghalang polis.

Polis Queensland berkata, suspek akan dibicara di mahkamah pada Disember ini. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN