Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Polis dedah taktik penipuan licik terbaharu bantuan RM500 e-dompet Touch ‘n Go

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Orang ramai dinasihatkan tidak terpedaya dengan taktik penipuan terbaharu yang mengambil kesempatan menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang membabitkan pemberian bantuan RM500 menerusi pautan ‘Touch ‘N Go (TNG) yang dikongsi melalui SMS.

Polis dedah taktik penipuan licik terbaharu bantuan RM500 e-dompet Touch ‘n Go
Polis berkata pautan palsu itu jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TnG yang sebenar. (Gambar TouchnGo - sekadar hiasan)

Modus operandi bagi penipuan itu adalah dengan pemberitahuan mengenai bantuan e-dompet RM500 yang diberikan kepada rakyat atas sokongan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerlukan pengesahan identiti menggunakan pautan yang ‘bertopengkan’ aplikasi itu.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai, mengesahkan perkara berkenaan dan memaklumkan bahawa pautan itu jelas menunjukkan bahawa ia bukan pautan rasmi TNG yang sebenar.

“Pautan bagi TNG bukannya touchngoemy.top, emy.top itu sahaja jelas menunjukkan ia bukannya link sebenar. Orang ramai dinasihatkan jangan tekan link berkenaan.

“Pautan yang betul tidak akan ada emy.top itu, kalau ada emy.top ini sudah pasti ia adalah sindiket penipuan dalam talian,” katanya kepada BERNAMA.

Beh berkata, TNG juga tidak akan menghantar sebarang mesej atau pemberitahuan kepada pengguna dan tindakan sedemikian dilihat berpotensi kepada sindiket penipuan.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai pemakluman bantuan e-dompet RM500 daripada pihak kerajaan melalui pautan TNG sehingga dakwaan seorang mangsa kehilangan RM1,950 selepas mengakses pautan berkenaan. - Bernama

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN