Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tidak serik, individu yang mempunyai 15 rekod jenayah lampau, akhirnya kantoi

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Kuala Kangsar: Seorang lelaki yang memiliki 15 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah terbukti tidak serik apabila sekali lagi ditahan kerana terbabit kes samun di sini, semalam, 14 Oktober.

Individu yang mempunyai 15 rekod jenayah lampau, tidak serik akhirnya kantoi
Tangkap layar rakaman CCTV memaparkan suspek gagal meragut seorang wanita di Persiaran Bendahara, di Kuala Kangsar, Perak. - Sumber foto tular

Suspek ditahan jam 7.30 pagi tadi selepas menyamun seorang wanita menggunakan senjata di kawasan pusat bandar di sini, semalam yang mengakibatkan kerugian RM4,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob, mengesahkan penahanan suspek bersama barang kes termasuk motosikal yang digunakan sewaktu kejadian.

Malah, beliau berkata pihaknya percaya suspek turut mempunyai kaitan dengan dengan satu lagi kes cubaan samun di sekitar pusat bandar ini yang mana videonya turut tular di media sosial.

"Berdasarkan siasatan, suspek dikesan menggunakan nombor pendaftaran palsu pada motosikal digunakannya semasa kejadian.

"Sehingga kini suspek ditahan reman selama enam hari sehingga 19 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompak bersenjata," katanya melalui kenyataan.>

Dalam pada itu, Omar berkata, pihaknya turut menyiasat kaitan suspek dengan satu kes cubaan samun di lokasi lain dan mangsa kes itu juga sudah dipanggil memberi keterangan bagi membantu siasatan. Terdahulu, tular video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Persiaran Bendahara, di sini memaparkan seorang lelaki bermotosikal cuba meragut beg tangan seorang wanita, namun cubaannya gagal.

Sumber: BH Online

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN