Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Video tular remaja lelaki tampar dan tendang budak perempuan, polis buat siasatan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Polis menyiasat sebuah video tular memaparkan seorang wanita dikasari seorang lelaki berulang kali dalam kejadian didakwa berlaku di Kota Kinabalu, Sabah.

Video tular remaja lelaki tampar dan tendang budak perempuan, polis buat siasatan
Tangkap layar video tular seorang perempuan ditendang dan ditampar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Mohd Zaidi Abdullah, berkata sehingga kini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan belum dapat mengesahkan kejadian berlaku di kota kinabalu atau sebaliknya.

“Polis sedang menjalankan siasatan mengenai video tular itu dan telah mengarahkan semua elemen termasuk ketua polis balai di daerah ini untuk mendapatkan maklumat tentang kejadian, lokasi dan pelakunya,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama semua pihak tampil memberikan maklumat kejadian itu bagi membantu siasatan.

Terdahulu, tular rakaman video seorang perempuan ditendang dan ditampar beberapa kali termasuk menggunakan selipar oleh seorang remaja lelaki sehingga mencetuskan kemarahan warganet.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan remaja lelaki berkenaan menampar beberapa kali ke arah muka perempuan berkenaan.

Sumber: FMT

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN