Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

AirAsia tersenarai 10 syarikat penerbangan terburuk dunia, Lion Air di tempat pertama

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

AirAsia tersenarai di antara sepuluh syarikat penerbangan terburuk di dunia berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh Bounce, platform perkhidmatan pelancongan.

AirAsia tersenarai 10 syarikat penerbangan terburuk dunia, Lion Air di tempat pertama
AirAsia tersenarai 10 syarikat penerbangan terburuk dunia, Lion Air di tempat pertama

Bounce telah mengeluarkan laporan bertajuk The 2022 Airline Index yang menyenaraikan syarikat penerbangan dengan perkhidmatan terbaik dan terburuk di seluruh dunia.

Menurut laporan itu, syarikat yang popular dengan slogan ‘Now Everyone Can Fly’ itu berada di kedudukan kesembilan terburuk, dengan mata keseluruhan sebanyak 2.06 daripada 10 mata.

Manakala Lion Air, syarikat penerbangan Indonesia pula disenaraikan sebagai syarikat penerbangan antarabangsa paling teruk dengan mata 0.72.

Tinjauan dilakukan berdasarkan kadar ketibaan tepat pada masa, rekod pembatalan, penilaian pelanggan, keselesaan tempat duduk, hidangan dan hiburan dalam penerbangan, perkhidmatan kakitangan dan elaun bagasi.

Seluruh data yang diperolehi adalah daripada Official Airline Guide (OAG), Skytrax, FlightsFrom, Pejabat Perlindungan Pengguna Penerbangan AS dan syarikat penerbangan individu.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN