Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Gempar lelaki disahkan meninggal dunia di hospital kembali hidup semula dalam keranda

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

Tular di media sosial baru baru ini mengenai seorang lelaki yang disangka meninggal dunia dipercayai hidup semula dalam kejadian di Bogor, Indonesia.

Gempar lelaki disahkan meninggal dunia di hospital kembali hidup semula dalam keranda
Tangkap layar video video yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan jasad lelaki tersebut sudah siap diletakkan di dalam sebuah keranda.

Memetik Kompas.com, video yang dimuat naik di Instagram memperlihatkan jasad lelaki tersebut sudah siap diletakkan di dalam sebuah keranda.

Bagaimanapun, suasana bertukar huru-hara selepas jenazah yang disangka meninggal dunia didapati masih bernyawa.

Susulan itu, lelaki yang merupakan penduduk Rancabungur, Kabupaten Bogor, Jawa Barat itu segera dibawa ke Hospital Besar Bogor untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Hospital Besar Bogor, Ilham Chaidir berkata, sewaktu tiba di hospital, lelaki itu berada dalam keadaan sedar.

“Keadaan pesakit yang kini berada di wad dilaporkan semakin pulih dan masih dalam pemantauan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya tidak akan bertanggungjawab ke atas kes itu kerana ia berada di luar tanggungjawab mereka.

Terdahulu, jenazah disahkan meninggal dunia di salah sebuah hospital di wilayah Jakarta.

Sumber: kompas.com

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN