Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Klip video tular bakal pengantin wanita dirasuk ketika sesi foto pra perkahwinan

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan adegan seorang wanita yang didakwa dirasuk ketika menjalani sesi fotografi praperkahwinan sehingga menyebabkan dia menari dalam keadaan tidak sedarkan diri, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Klip video tular bakal pengantin wanita dirasuk ketika sesi foto pra perkahwinan
Klip video tular bakal pengantin wanita dirasuk ketika sesi foto pra perkahwinan

Berdasarkan video dikongsikan di laman TikTok itu, pasangan bakal pengantin tersebut dilihat memakai pakaian mengikut adat resam Jawa.

Aktiviti bersolek dan memakai pakaian tradisional itu pada awalnya berjalan lancar dengan kedua-dua mereka tersenyum sepanjang penggambaran dilakukan.

Bagaimanapun, situasi mula bertukar seram apabila pandangan mata bakal pengantin perempuan secara tiba-tiba berubah dan dia turut bercakap dalam dialek berbeza sambil memperkenalkan diri sebagai seorang penari.

Ketika perakam video bertanya siapa yang memasuki jasad wanita berkenaan dalam bahasa baku Indonesia, dia menjawab dalam bahasa Sunda.

Dia kemudian meneruskan tarian dengan sekurang-kurangnya dua tarian Jawa dipersembahkan. Tariannya kelihatan lemah gemalai dengan gerakan tangan dan kaki yang lembut.

Tidak lama selepas itu, wanita tersebut menyuarakan hasrat untuk mengundur diri dan mengucapkan terima kasih dalam bahasa Sunda.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen daripada netizen.

“Saya panggil ‘Nyai’ ya?” soal perakam sambil disahut dengan anggukan kepala daripada wanita berkenaan.

“Sopan betul cara dia mengundur diri,” kata seorang pengguna.

“Auranya amat berbeza, dia kelihatan sangat cantik ketika menari,” ujar seorang lagi netizen. – Agensi

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN