Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Mengundi PRU15: Ismail Sabri isytihar 18, 19 November cuti khas di seluruh negara

Add detik360 on Google
Dapatkan lebih banyak liputan berita sahih dan telus daripada detik360 dengan menambah kami sebagai sumber pilihan di Google.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan hari kelepasan am pada 18 dan 19 November ini bagi memudahkan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri isytihar 18 dan 19 November cuti khas di seluruh negara
PRU15 - Ismail Sabri isytihar 18, 19 November cuti khas di seluruh negara

Beliau yang hadir merasmikan pecah tanah Wisma CUEPACS Putrajaya di sini, petang ini, berkata pengumuman hari kelepasan am dua hari itu dibuat berikutan ada kemungkinan syarikat swasta beroperasi pada Sabtu.

"Hari mengundi PRU15 menjelang tiba. Sukacita saya umumkan kerajaan menetapkan Jumaat dan Sabtu iaitu 18 dan 19 November ini, sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia mengundi," katanya.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, dan Presiden CUEPACS, Datuk Adnan Mat.

Jangan Terlepas Berita Sahih! ⚡

Ikuti detik360 di pelbagai platform media sosial untuk laporan terpantas terus ke telefon anda.

SERTAI WHATSAPP
SELEPAS

SEBELUM

×
RINGKASAN ARTIKEL

Ringkasan Artikel

⚡ Dijana oleh AI Detik360

    IKLAN